Friday, April 22, 2011

Stop

Blog ini terstop kerana tiada lagi kata-kata kesat tapi masih berakal yang terkeluar dari mulut ku. yang ada hanyalah kata-kata kesat tahap gila babi teruk yang melepasi batas kesat orang berakal. Ok, blah dulu, nk pegi baca berita lendir-lendir, bulu-bulu, seks-seks, dan mencarut-mencarut.

Friday, July 16, 2010

Kisah 'Rahsia' Antara Tenggelam dan Timbul

Tenggelam. Entah di mana. Berjalan. Lagi. Berjalan lagi. Sehingga bertemu suatu benda. Ya, itu pintu. Cuma yang ada pintu sahaja. tiada dinding di sekeliling, tiada bumbung, tiada tiang. Memang pintu sahaja yang ada. Menghampiri. Selangkah. Lagi. Selangkah lagi. Sehingga di depan pintu. Tertulis di situ, "Ini pintu. Pintu hati. Hati saya". Ooo.. maksudnya ini pintu hatinya. Ketuk. Lagi. Ketuk lagi. keluarlah susuk itu membuka pintu. Tersenyum, dan susuk itu tersenyum. Senyum berganti bual. Bual makin rancak. Tapi masih di muka pintu. Tak mahu masuk, tapi tak tahulah dipelawa masuk atau tidak. "Kenapa tidak masuk?" tanya susuk itu dalam hati. Menjawab di dalam hati walau pun tidak dengar ditanya, "tak boleh masuk, sebab ingin timbul nanti". berharap susuk itu mendengar walaupun kata-kata itu tidak berbunyi. Masa tiba, maka harus pergi. Dan terus pergi. Susuk itu di depan pintu, tak terkatup lagi pintu, rasanya. Senyum hilang, bual pun hilang. Kemesraan masih mesra, pasti, dan akan pastikan. Berjalan. Semakin menjauh. Kini tamat. Maka timbul.


Arghh!!!

Monday, July 5, 2010

Kelakar

ada dua jalan di hadapan ku, dan ku pilih yang biasa dilalui. Dalam mimpiku, ku pilih jalan yang satu lagi, kerana itulah kehendak yang tidak boleh terjelma di alam nyata. kehendak dalam kata kehendak sebenar. Dan aku tidur kerana ingin di situ, sekurang-kurangnya sehingga ku sampai ke hujungnya. Barulah ku mahu bangun dari tidur. Kerana dalam mimpi segalanya indah, segalanya cantik, segalanya menawan. Kelakar bukan? HIDUP memang kelakar, dan 'PILIHAN' itu bahan kelakarnya.


p/s: cis, aku tengah sedar rupanya. bila lagi mahu bermimpi di jalan sebelah sana ni.


sihh.. cerita ini rahsia, jangan beritahu orang. (HAHAHA.. ini satu lagi kelakar)

Monday, June 21, 2010

Khianat

Pada janji sebuah rahsia / rahsia sebuah janji yang dikhianati, ada dua sahaja pilihan: teruskan atau hentikan.

Itu yang bermain di fikiran.


p/s: Rahsia itu tempatnya di peti besi yang terkunci rapat di bilik rahsia, bukannya barang jualan yang dijaja ke serata tempat.

Sunday, March 28, 2010

Biarlah

Pilihlah dia, kalau dia lagi hebat.
*
*
*
*
*
Tumpang lalu, nak balik tidur, mengantuk sangat ini.

Friday, February 19, 2010

cc: Menteri Pengangkutan; PM, bcc: Pimpinan Pusat PR

Pemandu-pemandu di Lembah Klang ni memang buat gua bengang. Cadangnya esok lusa gua nak ketuk dengan tukul besi je sambil naik motor sapa2 yang tak bagi signal. Kasi pecah lampu signal diorang. Nak buat apa pakai lampu kalau tak guna. Gua cc sekali entri ni kat wakil rakyat, kasi gerun sikit kat orang-orang ni. Dan mewakili persatuan penunggang motor yang berhemah, gua hulur salam perdamaian untuk kita sama-sama menggunakan jalan dengan berhemah. Gaduh-gaduh tak main la skang, tak cool langsung.


p/s: civic lampu belakang bulat n estima baru selamat, gua tak sampai hati nak pedajal kereta2 cantik ni.

Friday, January 1, 2010

:-) ---------------------------------> :-|

(sambungan)

Bukan sahaja motor cabuk,
hidangan ku juga kini kurang manis.


p/s: harga gula naik 20sen, harga sebuah senyuman juga naik.