Friday, December 25, 2009

masa<--->asam II

dan sekali lagi,
kalau kau perbodohkan masa,
kau akan ku panggil bodoh,
.
.
.
.
tak kira siapa pun.

Thursday, December 24, 2009

Penilaian Menengah Rendah

Hari ini keputusan PMR diumumkan. Tahniah kepada semua, di sini berapa A yang dapat tak sedikit pun dipandang. Asalkan kau telah tamat belajar, dan kau bersyukur dengan apa yang dapat, itulah yang ku panggil bijak pandai.

Wahai bijak pandai, menjadi amanah kamu untuk membina keluarga sakinah, membina semangat kejiranan, memakmurkan bumi Malaysia, menjadikan bumi tempat yang selamat didiami.

Wahai bijak pandai, menjadi amanah kamu untuk membanteras manusia durjana, yang menjual enjin kapal terbang tentera untuk kocek sendiri, yang meranapkan negara dengan merasuah, yang secara tak langsung mengizinkan anak bangsanya dilacur, yang membunuh peradaban bangsa, menjual maruah negara demi kepentingan diri, membebankan rakyat demi kepentingan kroni, yang konon bergelar ulama tetapi salah menggunakan agama, yang mencari makan dengan manipulasi agama, yang si boyot ketawa melihat anak bangsanya melata tak makan, yang membiarkan anak-anak haram dibuang dilongkang-longkang, yang menjadikan orang bawahannya kambing hita, yang memeras ugut golongan tak mampu.

Mereka ini golongan pandai, yang pernah dapat 8/9A dalam PMR, tetapi berhati binatang. Kalau tak dapat 8/9A sekalipun, mereka adalah si bodoh yang berhati syaitan.

Tuesday, December 22, 2009

masa<--->asam

"Berambuslah,"kataku,

ketika sedang asyik dia berteori tentang masa sedang tadi aku terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendengar dia berucap.

Baik aku dengar kokok ayam, setiap pagi, tak pernah lewat, walaupun berak merata-rata.


lewat masa = kurang asam!

Monday, December 7, 2009

Sungguh, aku mahu tolong

ku ingin saja
sandarkan tangga
hulurkan tangan
bantumu ke atas,
apakan daya
bernafas pun atas ihsan,
apa kata
minta pada:
tuan punya tangga
tuan punya tangan
tuan punya aku
tuan punya kamu
tuan punya segalanya.

Wednesday, October 21, 2009

Kami yang Bodoh Tentang Perjuangan

kami yang bodoh tentang perjuangan,
senang untuk kau perbodohkan,
mengajar kami erti perjuangan (konon),
sedang perjuangan engkau itu palsu,

kasihan bagi kami,
di sana dan di sini sama,
memboneka perjuangan demi perut dan kocekmu,
padanlah perutmu penuh cacing,
dan kocekmu bau hancing.

Thursday, October 15, 2009

fed up

dah bagi tahu rasuah tu haram, orang2 ni masih tak paham jugak. haramjadah betul.

Wednesday, September 30, 2009

Sajak Kelamin

Sajak ini untuk hidangan orang yang sudah berkelamin, tetapi masih bodoh tidak memahami orang lain juga ingin berkelamin.


dengan mas kahwin mencecah 5 angka
dengan syarat mak bapak yang semakin mengarut
dengan undang-undang negara yang gila
meniduri pelacur lebih mudah rupanya

"nah, not 50, dan malammu milikku"

Monday, September 28, 2009

Rahsia

Demi satu rahsia,
kubiarkan
mereka berfalsampah
sampai tersasar arah
kerana
jika mereka tahu
mereka sendiri ibarat sampah
dilimpahi falsampah mereka

maaf
ini semua
demi menjaga
kemaslahatan
semua

Thursday, September 17, 2009

RON

Kerajaan merompak lagi
dan kali ini
dengan 2 RON

Sabarlah motor cabukku
hidanganmu kurang manis
tanpa dua sudu RON

Wednesday, September 9, 2009

Ajar Pemimpin kita

Ajar pemimpin kita:

mandikan mereka dengan air telaga kita
tidurkan mereka di tilam nipis kita
sudukan mereka dengan air yang kita minum
suapkan mereka dengan nasi dari beras kita
berlaukkan sisik ikan
kulit udang
kepala sotong

dan kau lihat
dengan jijiknya mereka mencebik muka

hei manusia
itulah yang kami nikmati setiap hari
dan itu pun
kau masih mahu kami berjimat
manusia jenis apakah kamu ini?

sanggup lagi kami menatap muka kepala lembu yang dipijak
daripada melihat kau yang berotak lembu.

Saturday, September 5, 2009

Pemimpin Bukan Kita

kita
bergelut dengan kemiskinan
di pentas dunia

pemimpin
bergelut dengan pelacur
di peraduan indah

kita
mengira setiap sen
terjumpa di tepi jalan

pemimpin
mengira jutaan ringgit
terjumpa di bawah meja, rasuah

Sondol

Melihat babi menyondol
kau pun menyondol:
rasuah
judi
pecah amanah
pelacur
kronisme
dan semua

lalu terpacul dari mereka (dan aku):
babi kau!

Friday, September 4, 2009

Tak Nak!

Kami menolak
semua yang syirik
bukan sahaja kepunyaanmu
tapi juga kepunyaan kami
nah, ambillah
dan berambus dari tanah segara masin

Thursday, September 3, 2009

Jerit

Aku jerit
dalam diam
sehinggakan
telingaku pekak
lalu...
cis bedebah
kau masih tidak faham.