Friday, December 25, 2009

masa<--->asam II

dan sekali lagi,
kalau kau perbodohkan masa,
kau akan ku panggil bodoh,
.
.
.
.
tak kira siapa pun.

Thursday, December 24, 2009

Penilaian Menengah Rendah

Hari ini keputusan PMR diumumkan. Tahniah kepada semua, di sini berapa A yang dapat tak sedikit pun dipandang. Asalkan kau telah tamat belajar, dan kau bersyukur dengan apa yang dapat, itulah yang ku panggil bijak pandai.

Wahai bijak pandai, menjadi amanah kamu untuk membina keluarga sakinah, membina semangat kejiranan, memakmurkan bumi Malaysia, menjadikan bumi tempat yang selamat didiami.

Wahai bijak pandai, menjadi amanah kamu untuk membanteras manusia durjana, yang menjual enjin kapal terbang tentera untuk kocek sendiri, yang meranapkan negara dengan merasuah, yang secara tak langsung mengizinkan anak bangsanya dilacur, yang membunuh peradaban bangsa, menjual maruah negara demi kepentingan diri, membebankan rakyat demi kepentingan kroni, yang konon bergelar ulama tetapi salah menggunakan agama, yang mencari makan dengan manipulasi agama, yang si boyot ketawa melihat anak bangsanya melata tak makan, yang membiarkan anak-anak haram dibuang dilongkang-longkang, yang menjadikan orang bawahannya kambing hita, yang memeras ugut golongan tak mampu.

Mereka ini golongan pandai, yang pernah dapat 8/9A dalam PMR, tetapi berhati binatang. Kalau tak dapat 8/9A sekalipun, mereka adalah si bodoh yang berhati syaitan.

Tuesday, December 22, 2009

masa<--->asam

"Berambuslah,"kataku,

ketika sedang asyik dia berteori tentang masa sedang tadi aku terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendengar dia berucap.

Baik aku dengar kokok ayam, setiap pagi, tak pernah lewat, walaupun berak merata-rata.


lewat masa = kurang asam!

Monday, December 7, 2009

Sungguh, aku mahu tolong

ku ingin saja
sandarkan tangga
hulurkan tangan
bantumu ke atas,
apakan daya
bernafas pun atas ihsan,
apa kata
minta pada:
tuan punya tangga
tuan punya tangan
tuan punya aku
tuan punya kamu
tuan punya segalanya.