Tenggelam. Entah di mana. Berjalan. Lagi. Berjalan lagi. Sehingga bertemu suatu benda. Ya, itu pintu. Cuma yang ada pintu sahaja. tiada dinding di sekeliling, tiada bumbung, tiada tiang. Memang pintu sahaja yang ada. Menghampiri. Selangkah. Lagi. Selangkah lagi. Sehingga di depan pintu. Tertulis di situ, "Ini pintu. Pintu hati. Hati saya". Ooo.. maksudnya ini pintu hatinya. Ketuk. Lagi. Ketuk lagi. keluarlah susuk itu membuka pintu. Tersenyum, dan susuk itu tersenyum. Senyum berganti bual. Bual makin rancak. Tapi masih di muka pintu. Tak mahu masuk, tapi tak tahulah dipelawa masuk atau tidak. "Kenapa tidak masuk?" tanya susuk itu dalam hati. Menjawab di dalam hati walau pun tidak dengar ditanya, "tak boleh masuk, sebab ingin timbul nanti". berharap susuk itu mendengar walaupun kata-kata itu tidak berbunyi. Masa tiba, maka harus pergi. Dan terus pergi. Susuk itu di depan pintu, tak terkatup lagi pintu, rasanya. Senyum hilang, bual pun hilang. Kemesraan masih mesra, pasti, dan akan pastikan. Berjalan. Semakin menjauh. Kini tamat. Maka timbul.
Arghh!!!
Friday, July 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bila nak tenggelam lagi?
Post a Comment